Google Malaysia dan Astro AWANI membentuk kerjasama strategik dalam memacu peralihan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan ke arah digital.<br />Kerjasama strategik melalui ‘Jiwa SME Google AWANI’ ini merangkumi aspek kandungan berita dan hal ehwal semasa, pembangunan kemahiran serta latihan secara virtual kepada para usahawan kecil dan sederhana.